Posts
Kesemua Artikel.
S:198 Solat dalam Kren Menara (Tower Crane)
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Sesetengah pekerja kren tower mengalami kesukaran untuk solat kerana mereka terpaksa turun dari kren tower yang tinggi jika ingin menunaikan solat di tempat yang disediakan. Jika solat dalam ruang kren, maka ia agak sempit. Ketika ingin sujud, dia akan terpaksa bergerak ke belakang dua kali dan apabila bangun, dia perlu bergerak semula ke hadapan dua kali. Bagaimana solat tersebut. Mohon penjelasan.
S:200 Solat Memakai Singlet
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum seseorang melakukan solat dengan hanya memakai singlet?
S:231 Berniat Ihram dari Rumah
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Saya ingin bertanya, adakah seseorang itu sudah dikira berada dalam ihram sekiranya dia berniat ihram di rumahnya walaupun dia tidak akan mengerjakan umrah atau haji dalam masa terdekat dan perlu menjaga larangan ihram? Mohon pencerahan.
S:232 Bermimpi tetapi Tidak Keluar Air Mani
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Saya ada satu soalan. Seseorang telah bermimpi melakukan jimak. Akan tetapi apabila tersedar daripada mimpinya, dia mendapati tidak ada tanda bahawa air mani telah keluar, adakah dia perlu mandi wajib? Mohon pencerahan.
S:233 Menyusukan Anak Tidak Membatalkan Wuduk
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Adakah menyusukan anak membatalkan wuduk? Mohon percerahan. Terima kasih.
S:234 Solat dengan Pakaian Berlubang Kecil
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Adakah sah solat seorang lelaki yang dilakukan dengan memakai pakaian yang ada lubang sebesar jarum. Lubang tersebut berada di bahagian bawah pusatnya. Mohon pencerahan
S:235 Kain Terkena Sedikit Darah Ketika Solat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Ketika seseorang solat, dia tertampar nyamuk yang sedang menghisap darahnya, lalu darah itu terkena pada kainnya. Apa hukum solatnya? Mohon penjelasan
S:236 Menjawab Salam Imam Ketika Solat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Adakah makmum perlu menjawab salam imam apabila imam memberi salam di penghujung solat?
S:237 Meringkaskan Niat Solat
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum ustaz. Apa hukum jika saya melakukan niat ketika ingin solat dengan hanya menyebut, “Sahaja aku solat fardhu Zohor,” sahaja?
S:251 Tahi Cicak adalah Najis
Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AMAssalamualaikum w.b.t. Adakah tahi cicak itu najis? Kalau ia adalah najis, dalam kategori mana, sederhana atau dimaafkan? Sebabnya, kadang-kadang sampai terpijak tahi cicak kerana sukar untuk dielakkan.