Skip to content

S:343 Hak Penjagaan Anak-anak

Posted on:December 21, 2023 at 03:07 AM

Soalan

Siapakah yang lebih berhak untuk mendapatkan hak jagaan anak selepas bercerai?

Jawapan

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

Penjagaan anak atau dari segi istilah syara’ disebut sebagai hadhanah bermaksud:

Manakala menurut definisi istilah Syarak, maksudnya tidak jauh berbeza daripada sudut bahasa

Penjagaan kanak-kanak selepas umur mumayyiz sehingga baligh dinamakan kafalah, yang bermakna memelihara.”

Daripada Abdullah bin `Amr R.Anhuma ketika mana datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ ابْنِي هَذَا كَانَ بَطْنِي لَهُ وِعَاءً وَثَدْيِي لَهُ سِقَاءً وَحِجْرِي لَهُ حِوَاءً وَإِنَّ أَبَاهُ طَلَّقَنِي وَأَرَادَ أَنْ يَنْتَزِعَهُ مِنِّي فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: أَنْتِ أَحَقُّ بِهِ مَا لَمْ تَنْكِحِي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, putting susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah”.[9]

Berdasarkan dalil di atas begitu juga dengan dalil-dalil yang lain, telah ijma` sekalian muslimin akan pensyariatan hadhanah ini bagi menjaga kebajikan si anak yang masih kecil setelah berlaku penceraian di antara sepasang suami isteri.

Siapa Yang Berhak Mendapat Hak Jagaan Anak

Islam telah menetapkan bahawa yang paling layak mendapat hak jagaan anak setelah terbubarnya sebuah perkahwinan adalah ibu kepada anak-anak tersebut selagi mana si ibu tersebut belum berkahwin dengan suaminya yang baru. Sabda Nabi SAW: أَنْتِ أَحَقُّ بِهِ مَا لَمْ تَنْكِحِي  menunjukkan bahawa ibulah yang berhak mendapatkan jagaan bagi anak kecil tersebut.

Keputusan hadhanah ini akan diputuskan oleh pihak Mahkamah Syariah dan sekiranya si ibu didapati oleh pihak mahkamah hilang kelayakan untuk menjaga anak tersebut, maka ianya akan berpindah kepada salah seorang yang berikut:

Dengan syarat jagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

Kelayakan Yang Diperlukan Untuk Jagaan

Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika:

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Hilangnya Hak Jagaan

Seperti yang disebutkan sebelum ini, hak jagaan anak selepas berlakunya perceraian akan diberikan kepada si ibu, namun dalam beberapa keadaan tertentu, hak jagaan itu boleh hilang dan diantaranya:

Berterusannya hak jagaan bermula daripada lahirnya anak itu sehingga mumayyiz, iaitu bolehnya kanak-kanak tersebut menyelesaikan urusannya yang khusus tanpa memerlukan bantuan orang lain seperti boleh makan dan minum dengan sendiri, boleh menguruskan diri sendiri ketika qadha’ hajat, membersihkan dirinya dari kotoran dan juga bleh melakukan ibadah taharah (bersuci) daripada wudhu’ dan sebagainya.

Ditetapkan umur bagi mumayyiz itu setelah sampai umurnya 7 tahun kerana pada kebiasaannya pada umur inilah kanak-kanak itu dikira sebagai mumayyiz. Boleh jadi juga setelah sampai umurnya 8 tahun mengikut keadaan kanak-kanak tersebut dan mumayyiz ini bukanlah semata-mata ditentukan dengan nilaian umur.[10]

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan sedikit maklumat bagi mereka diluar sana dalam memahami isu hak jagaan anak yang masih kecil sekiranya berlaku perceraian. Hadhanah ini tidak lain dan tidak bukan adalah bagi menguruskan tanggungjawab berkaitan kemaslahatan anak kecil tersebut sehingga tidak berlaku kezaliman ke atas mereka dan juga tidak terabai. Wallahu a’lam.

Wallahua`lam.

Bertarikh: 21 Januari 2022 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1443H

 

[1] Lihat al-Ta`rifat, hlm. 88

[2] Lihat al-Mu`jam al-Wasit, 1/182

[3] Lihat Lisan al-Arab, 13/122

[4] Lihat Tahrir Alfadz al-Tanbih, hlm.30

[5] Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 2/181

[6] Lihat Raudhah al-Talibin, 9/98

[7] Lihat Minhaj al-Tolibin, hlm. 266

[8] Lihat Mughni al-Muhtaj, 5/191

[9] Riwayat Abu Dawud (2276). Syeikh Syuaib al-Arnout di dalam Takhrij Syarh al-Sunnah, (9/332-333) menyatakan sanad ini hasan.

[10] Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/306-307