JAWAPAN
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa pandangan yang paling sahih dalam isu ini yang menjadi kesepakatan dalam kalangan ulama Syafi’iyyah ialah tidak sah nazar melainkan dengan melafazkannya dengan lisan dan kata-kata, dan tidak sah sekadar dengan niat. (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/451). Imam Jalaluddin al-Suyuti sewaktu menghuraikan kaedah al-umur bi maqasidiha menyatakan bahawa nazar secara niat di dalam hati tidak dikira sebagai nazar. (Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir, 1/33).
Kesimpulannya, nazar hanya diambil kira dan wajib ditunaikan sekiranya ia dilafazkan dengan lisan. Adapun jika sekadar niat tanpa dilafazkan, maka ia tidak dikira sebagai nazar.