Dasar Privasi

Data apa yang kami kumpul, untuk apa, dengan siapa ia dikongsi dan hak anda ke atasnya.

Versi 2026.10 · Berkuat kuasa: 8 Oktober 2026

1

Siapa kami

Aplikasi dan laman web Al-Inarah dikendalikan oleh Maktabah Al Bakri Sdn. Bhd. ("kami"). Kami ialah pengawal data bagi data peribadi anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Dasar ini terpakai pada aplikasi Al-Inarah (Android, iOS dan Apple Watch), laman al-inarah.com dan kedai buku dalam aplikasi.

2

Data yang kami kumpul

  • ▸Wajib untuk membuka akaun: nama dan alamat e-mel. Tanpa kedua-duanya, akaun tidak dapat dibuka.
  • ▸Pilihan: nombor telefon, jantina, negara, kewarganegaraan dan gambar profil.
  • ▸Log masuk Google atau Apple: nama, e-mel dan ID akaun daripada penyedia tersebut.
  • ▸Penggunaan ciri: bacaan Al-Quran, penanda buku, eBook, tontonan video, bilik Khatam dan Tasbih, catatan solat, puasa dan amalan, komen siaran langsung, ulasan produk, soalan kepada asatizah, laporan masalah dan perbualan dengan AI Inarah.
  • ▸Kedai fizikal: nama penerima, telefon dan alamat penghantaran, pesanan, serta ulasan bersama gambar atau videonya.
  • ▸Pembayaran: rekod langganan, pembelian, top-up koin dan derma. Butiran kad tidak sampai kepada kami.
  • ▸Peranti: ID peranti, model, versi sistem, versi aplikasi, alamat IP, laporan ranap dan log keselamatan.
  • ▸Lokasi, kamera, mikrofon dan galeri: hanya selepas anda membenarkannya. Ia digunakan untuk waktu solat, kiblat, masjid berhampiran, Sejadah AR, input suara dan gambar. Imej kamera Sejadah AR kekal di peranti anda.
3

Data sensitif

Catatan amalan agama dan kesihatan, contohnya sebab tidak berpuasa dan tempoh haid atau nifas, hanya direkod selepas anda memberi persetujuan di dalam aplikasi. Hanya anda yang boleh melihatnya, dan anda boleh memadamnya pada bila-bila masa.

4

Sumber data

Data datang daripada anda sendiri, peranti anda, Google atau Apple semasa log masuk, dan kedai aplikasi untuk status langganan.

5

Tujuan

Kami menggunakan data anda untuk:

  • ▸menyediakan akaun dan ciri, serta menyegerakkan data antara peranti
  • ▸menjaga keselamatan akaun
  • ▸memproses bayaran dan penghantaran
  • ▸menghantar notifikasi dan tawaran
  • ▸membaiki aplikasi
  • ▸mematuhi undang-undang
6

AI Inarah

Soalan anda dihantar kepada penyedia AI untuk menjana jawapan. Input suara ditukar kepada teks oleh perkhidmatan pengecaman suara Apple atau Google.

Pasukan kami boleh menyemak perbualan dan maklum balas untuk menambah baik ketepatan jawapan. Jawapan AI ialah rujukan dan bukan fatwa. AI Inarah tidak membuat keputusan yang menjejaskan akaun atau bayaran anda.

7

Perkongsian data

Kami tidak menjual data anda. Data hanya dikongsi setakat yang perlu dengan:

  • ▸penyedia hosting dan storan awan
  • ▸perkhidmatan analitik, laporan ranap dan notifikasi
  • ▸kedai aplikasi dan pengurusan langganan
  • ▸gerbang pembayaran
  • ▸penghantar e-mel dan WhatsApp
  • ▸penyedia AI
  • ▸kurier
  • ▸peta dan carian lokasi
  • ▸hosting video dan siaran langsung
  • ▸alatan kerjasama dalaman

Kami juga berkongsi data dengan pihak berkuasa apabila dikehendaki undang-undang.

Nama dan gambar profil anda dipaparkan kepada ahli bilik Khatam dan Tasbih yang anda sertai. Nama anda juga dipaparkan pada komen siaran langsung dan ulasan produk.

8

Pemindahan ke luar Malaysia

Pelayan utama kami terletak di Singapura. Sebahagian penyedia memproses data di negara lain. Semuanya terikat dengan kontrak yang melindungi data anda.

9

Tempoh simpanan

  • ▸Data akaun disimpan selagi akaun anda aktif.
  • ▸Apabila akaun dipadam, nama, e-mel, telefon, gambar profil dan log masuk sosial dipadam. Catatan solat, puasa, amalan, tasbih dan tontonan video juga dipadam.
  • ▸Perbualan AI Inarah, soalan asatizah dan sumbangan di ruang bersama tidak lagi dikaitkan dengan identiti anda.
  • ▸Alamat penghantaran dan rekod pesanan disimpan sehingga 7 tahun sebagai rekod kewangan dan penghantaran.
  • ▸Log keselamatan dan peranti disimpan selama yang perlu untuk keselamatan akaun.
10

Keselamatan dan pelanggaran data

Data dihantar melalui sambungan tersulit dan akses dalaman dihadkan. Jika berlaku pelanggaran data yang boleh membawa mudarat ketara, kami akan memaklumkan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi dalam tempoh 72 jam, dan pengguna yang terjejas dalam tempoh 7 hari selepas itu.

11

Hak anda

Anda berhak:

  • ▸mengakses data anda (kami akan menjawab dalam tempoh 21 hari)
  • ▸membetulkan data
  • ▸memadam akaun melalui Profil › Padam Akaun, atau melalui e-mel
  • ▸menarik balik persetujuan
  • ▸menolak promosi
  • ▸meminta salinan data dalam format yang boleh dipindahkan

Hantar permintaan anda ke e-mel di bahagian Hubungi kami.

12

Pilihan anda

Kebenaran peranti boleh ditutup pada bila-bila masa dalam tetapan peranti. Kami tidak menjejak anda merentas aplikasi atau laman pihak lain.

13

Kanak-kanak

Pengguna bawah 18 tahun perlu mendapat persetujuan ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa boleh menghubungi kami untuk memadam akaun anak mereka.

14

Pautan luar

Dasar privasi pihak lain terpakai di laman mereka.

15

Perubahan

Kami akan mengemas kini versi dan tarikh di atas. Untuk perubahan besar, kami akan memaklumkan anda di dalam aplikasi terlebih dahulu.

16

Hubungi kami

Untuk soalan atau permintaan tentang data peribadi anda, hubungi:

Pegawai Perlindungan Data, Maktabah Al Bakri Sdn. Bhd.

E-mel: [email protected]

Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan kami, anda boleh mengadu kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (pdp.gov.my).

Dasar ini disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Jika berlaku percanggahan, versi Bahasa Malaysia diguna pakai.